Welcome To My Blog.."Juzt HeppY gO LucKy..."
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selasa, Februari 08, 2011

Andainya Lelaki Tahu ...

Andainya LELAKI tahu
Hati seorang wanita
Adanya naluri untuk disayangi
Adanya rasa untuk diberi perhatian
Adanya rasa untuk didengar keluh kesahnya
Adanya waktu untuk menemani sedihnya

Andainya LELAKI tahu
Rajuk hatinya hanya meminta untuk dipujuk
Marah hatinya perlu didekati

Andainya LELAKI tahu
Sedih seorang wanita
Yang meminta untuk didengar
Gembira hatinya ingin dikongsi

Andainya LELAKI tahu
Disebalik seribu satu rasa itu
Punya sekeping hati nan lembut
Yang meminta untuk dimanjakan
Yang ingin diberi perhatian
agar ,
rasa kasih itu wujud walaupun disaat jauh
kerana

Andainya LELAKI tahu
Hati ini akan sentiasa bertanya
Wujudkah cinta di hati lelaki ?
Apabila disaat jauh
Tanpa khabar berita

Andainya LELAKI tahu
Hati seorang wanita itu mudah memberi kemaafan
Hati seorang perempuan juga
Mudah terguris
Dengan kata-kata seorang lelaki
kerana

Andainya LELAKI tahu
Diri ini sanggup berkorban apa sahaja
Kerana wujudnya rasa cinta
Disebalik hati nan lembut
Agar lelaki sedar
Betapa penyayangnya diri seorang wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan