Welcome To My Blog.."Juzt HeppY gO LucKy..."
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sabtu, Oktober 23, 2010

Terima Seadanya...

Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang 
Untuk Orang Yang Kita Suka Kerana,
Orang Yang Kita Suka Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...

Hargai, sayangi apa yang kita ada…
Tunjukkan, luahkan tanpa batasannya
Jangan bila dah tiada, baru kita sanggup berdarah airmata menyesalinya…

Fitrah kehidupan nyata berbeza….
Di saat kita ceria, yang kita sayang mungkin sedang menderita

Fahamilah bahawa pengorbanan bukanlah hanya pada kata kata
Bukan hanya pada apa yang kita rasa benar dan nyata
Tetapi memahami dia…
Berada bersamanya walaupun tidak berbicara…

Suata masa nanti, bila kita berada di dalam situasinya
Bila kita tak daya seperti dia
Kita pasti harapkan pengorbanan yang sama…

Jangan sesekali lupakan kesilapan-kesilapan kita…
Jangan sesekali lupakan jasa si dia…
Jangan sesekali lupakan kasih sayangnya…
Jangan sesekali melanggari fitrah berkasih sayang…
Kerana si dia rela menerima kita tanpa ada batasnya…

Andai hati terbuka pada yang lain…
Jangan beralasankan dia bila kita tamak berhati dua
Kerana kita yang sebenarnya memilih untuk tidak menghargai dia…

Bila berkata “I doakan untuk u….”
Jangan lah hanya ungkapan manis kata-kata
Memohonlah pada Nya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan