Tiap kata bicara yang lahir,
pastinya senyum dibibir terukir...
dalam mimpi dirinya sering hadir,
entah bilakah akan berakhir...
Seraut wajah itu,
mengundang resah dihatiku...
menganyam gelisah didadaku...
menyulam debaran dijiwaku...
Cinta yang hadir tidak berpaut,
rindu yang bertamu tidak bertaut,
kerana hati itu tidak menyahut,
kerana jiwa itu tidak menyambut...
Hingga ke detik ini...
ku masih menanti bicara hati...
dari insan yang kusayangi...
Namun datangnya hanya khayalan,
yang wujud di tengah malam,
ke suatu sudut yang amat dalam,
dan mungkin ia telah pun karam...
~kichi~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan