Welcome To My Blog.."Juzt HeppY gO LucKy..."
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selasa, Januari 18, 2011

CEMBURU ITU IBARAT API..! 7 CARA MEREDAKANNYA… (:

1. “PERCAYALAH PADAKU !”
Ssbuah hubungan yg d’bina bukan hanya berlandaskan nafsu smata,ttpi perlu wujud perasaan cinta dan sayang. Apabila timbul rasa cinta maka wujudlah kepercayaan terhadap pasangan. Kepercayaan pula sentiasa d’ukur dgn pelbagai cara. Kurang rasa percaya hanya akan merosakkan hubungan kamu dan dia.

2. TERIMA KENYATAAN
Meskipun kamu telah sedaya upaya meyakinkan pasangan tentang pentingnya rasa percaya,tidak bermakna kamu harus mengabaikan isu tertentu yg muncul. Hadapilah kenyataan bahawa pasangan kamu juga berhak merasa sedikit was-was terhadap sesuatu yg kamu lakukan.

3. JELASKAN PADANYA
Sekiranya berlaku pertelingkahan,jangan biarkan si dia menuduh kamu dgn melulu kerana kemungkinan besar akan timbul salah faham yg lebih besar. Usah berdiam diri,jelaskan padanya dengan terperinci apa yg berlaku sebenarnya.Tetapi perlu d’pilih waktu yg sesuai untuk membuat penjuelasan.Kebiasaanya,apabila sedang MARAH seseorang itu sukar utk mendengar sebarang alas an yg d’berikan.

4. DENGAR PENJELASAN SI DIA
Setelah menjelaskan dgn terperinci tentang keadaan yg sebenar kepadanya,kamu peril bersedia mendengar penjelasan darinya pula.Barangkali pasangan kamu lebih mengetahui dan arif tentang perihal yg kamu kemukakan. NYAHKAN SIFAT CEMBURU BUTA kamu itu kerana ia tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah kamu berdua. Berbincanglah dgn cara yg baik,nescaya hubungan akan berkekalan.

5. RUNDING CARA PENYELESAIAN
Kedua-duanya perlu bersikap terbuka dalam menerima sebarang kemungkinan. Buang rasa cemburu seketika dan dengarlah apa yg d’sampaikan oleh pasangan kamu. Ingatlah bahawa cemburu itu kadang kala mengundang pergaduhan. Rundinglah cara terbaik agar tidak berlaku lagi pertengkaran yg d’sebabkan oleh perasaan cemburu. Pulihkan semula perhubungan itu.

6. BANGUNKAN KEPERCAYAAN DIRINYA
Apabila menemui jalan penyelesaian,yakinkan si dia sekali lagi bahawa dialah kekasih kamu yg paling setia pernah kamu jumpa. Beritahu betapa pentingnya dia dalam hidup kamu dan dialah paling berjaya menambat hati kamu. Bangunkan kepercayaan si dia utk memulihkan hubungan kamu berdua.

7. SECARA PSIKOLOGI
Dalam sesetengah kes,pasangan akan berhenti dari rasa cemburu apabila sudah menemui jalan penyelesaian. Namun ada juga beberapa kes yg melibatkan pasangan tetap rasa terancam walaupun telah d’terangkan berulang-kali. Seandainya kamu telah mencuba pelbagai cara tetapi si dia tetap paranoid,maka kamu haruslah mengambil tahu apa yg menyebabkannya bertindak sedemikian. Mungkin si dia pernah lalui peristiwa DITIPU BERULANG KALI oleh kekasih pertamanya. Atau mungkin juga si dia TRAUMA dengan kisah sedih yg pernah menimpanya suatu masa dahulu. Secara psikologinya,kamu perlu lebih BERSABAR dan cuba hadapi perkara itu dgn tabah. Ini kerana sikap bersabar yg kamu tunjukkan itu akan membuahkan hasil yg cukup bermakna. Si dia akan sedar dan cuba melupakan apa yg pernah berlaku kepadanya dahulu. Dari sinilah dia akan menilai semula NILAI MURNI yg kamu tunjukkan itu dan semestinya akan lebih menghargai kamu. (:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan