Segalanya bermula pada pertemuan di alam maya
Ia berterusan dan semakin lama…
Sehinggakan satu ketika itu
Seorang gadis mula memendam rasa,
Agak lama……
Dan akhirnya dapat di kesan oleh sang pria…
Cintanya terbalas…
Bahagia menyerkah hari mereka…
Berpegang janji untuk bersama-sama mengharungi apa jua yang mendatang..
Cukup bahagia tak terkata…
Di pertengahan cerita,
Sebuah kesedaran menimpanya
Terjaga dari mimpi lena bahawa dia kini berada dengan seorang putera…
Sedangkan dirinya ?
Seorang hamba cuma jika berada di alam kegemilangan istana purba…
Tersentak lantas bangun dan ingin pergi menjauh,
Seorang putera selayaknya di pasangkan dengan seorang puteri
Bukannya hamba seperti dirinya…
Kemelut berlaku di situ…
Namun si pria tak ingin berganjak !
Sedarkah dia dengan keputusannya…???
Lantas kami akur untuk bersama…
Seakan mustahil.
Si gadis mensyukuri dengan pemberianNYA,
Keadaan menjadi baik seketika…
Namun,
Semakin hari ianya semakin sulit..
Adakah cinta itu kian pudar ?
Segalanya kini dah berubah…
Pelbagai andaian merasuk fikiran….
Si gadis bertahan dan menepis jauh semua itu,
Sebaiknya berfikiran terbuka dan baik sahaja..
Tapi sampai bila?
Dirinya teruji dengan dugaan sebesar itu…
Naluri hati wanita selalunya benar dan itu tak pernah di sangkal.
Si pria semakin hilang bayangannya,
Sukar untuk mendapat khabar darinya.
Rindunya pada sang pria tak terubat..
Terfikirkah si pria tentang si dia walaupun ianya seketika cuma??
Selami hatinya yang kini semakin lemah…
Dia menanti dan terus menanti…
sangat sukar untuk di duga…
pedihnya perasaan itu tak terkata…
punah untuk terluah….
Kini diri semakin tak terdaya lesu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan